"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tengku Zafrul dilantik penasihat kanan politik PM

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bekas menteri pelaburan, perdagangan dan industri, Tengku Zafrul Aziz dilantik sebagai penasihat kanan politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini.

Katanya, pelantikan itu bertujuan mengisi kekosongan jawatan setiausaha politik kanan kepada Anwar sebelum ini.

“Perdana menteri menzahirkan harapan agar Tengku Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat, ” katanya.

Ketua PKR Hang Tuah Jaya Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 25 Nov lalu meletak jawatan sebagai setiausaha politik kanan kepada perdana menteri.

Tengku Zafrul tidak lagi menganggotai Kabinet selepas tempoh sebagai Ahli Dewan Negara beliau tamat pada Disember tahun lalu.

Beliau yang kini pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga pernah mengemudi Kementerian Kewangan bagi tempoh 9 Mac 2020 hingga 9 Nov 2022.

Tiada ulasan: