KOSMO

Tangkap layar video menunjukkan empat wanita berjoget di halaman masjid selepas solat tarawih. - Instagram
JAKARTA – Empat wanita di Soppeng, wilayah Sulawesi Selatan menerima kecaman orang ramai apabila merakam diri meraka berjoget di halaman sebuah masjid selepas selesai solat tarawih, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Masjid Agung Darussalam baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @raderpena.co.id menunjukkan wanita-wanita itu dengan selamba berjoget tanpa memakai tudung dan pakaian sopan.
Lebih mengejutkan, ada antara mereka yang mengenakan seluar pendek.
Ketua Soppeng, Selle Ks Dalle menegaskan bahawa tempat ibadah mesti dihormati oleh semua lapisan masyarakat terutamanya semasa bulan Ramadan.
“Kami amat kesal dengan kejadian ini. Masjid adalah tempat ibadah yang mesti kita hormati bersama. Perbuatan ini tidak wajar dilakukan di tempat ibadah,” kata Selle. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan