"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat dua beranak dalam rumah berkunci

NOOR HASLIZA NUSI
Mayat dua beranak ditemukan di sebuah rumah di Flat Taman Sahabat, Teluk Kumbar, malam tadi.
GEORGE TOWN – Bau busuk dari pekarangan luar sebuah kediaman di Flat Taman Sahabat, Teluk Kumbar di sini akhirnya membawa penemuan mayat dua beranak, malam tadi.

Mayat si ibu berusia 72 tahun ditemui terbaring di bahagian ruang tamu dalam keadaan hampir reput manakala anak lelakinya berumur 39 tahun pula ditemukan di bilik tidur dengan hanya memakai lampin pakai buang.

Difahamkan, kejadian tersebut disedari jiran di blok perumahan berkenaan sebelum menghubungi pihak polis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan membuka pintu terkunci daripada pihak polis pada pukul 7.48 malam dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi tersebut melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau dengan diketuai Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II Mohamad Nizar Ibrahim.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian dan bertindak menjalankan kerja-kerja membuka pintu dengan menggunakan peralatan khas bersama pihak polis.

“Pintu rumah tersebut berjaya dibuka dan terdapat dua orang mangsa berada di ruang tamu dan di dalam bilik tidur dalam keadaan terbaring.

“Kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Beritahu beliau lagi, kedua-dua mayat tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.55 malam tadi. -KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: