"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada lagi pijak al-Quran!

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Satu lagi video tular memaparkan kitab suci al-Quran dipijak seorang lelaki muncul di media sosial sejak semalam dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Kandungan jelik itu dimuat naik menerusi satu akaun di TikTok sebelum video berkenaan tersebar di media sosial sehingga menimbulkan perbincangan hangat dalam kalangan warganet.

Semakan di akaun terbabit hari ini mendapati kandungan itu sudah dipadam, namun sempat dimuat turun dan disebar di beberapa platform media sosial lain.

Pemilik media sosial berkenaan juga didapati berbahasa Melayu dan memiliki beberapa akaun berbeza menggunakan nama dan gambar yang hampir sama.

Sementara itu, Harian Metro sudah menghubungi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung video tular itu.

Tiada ulasan: