"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki disyaki bunuh rakan ketika berburu

FMT Reporters

PETALING JAYA: Lelaki ditahan selepas disyaki menembak rakannya ketika memburu di Hutan Simpan Stesen Safoda, Kota Belud.

Semalam, mangsa berusia 44 tahun maut dipercayai terjatuh daripada pokok, namun siasatan mendapati terdapat kesan tembakan di kepala dan badan, kata Ketua Polis Kota Belud, Shahrudin Mat Husain.

Bercakap kepada Berita Harian, siasatan lanjut mendapati mangsa keluar memburu bersama seorang lelaki berusia 35 tahun pada awal pagi hari kejadian.

Beliau berkata, polis turut merampas selaras senapang jenis bakakuk serta beberapa barangan berkaitan untuk tujuan pemeriksaan forensik dan analisis balistik.

“Permohonan reman sudah dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Tiada ulasan: