"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 ditahan, remaja 16 tahun mangsa eksploitasi seks diselamatkan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan 16 tahun yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks dalam serbuan di Arau semalam.

Ketua Polis Perlis, Hamzah Hashim, berkata dua lelaki tempatan yang disyaki mempromosikan aktiviti pelacuran menerusi aplikasi MiChat dan melakukan eksploitasi seks terhadap kanak-kanak turut ditahan dalam Op Noda pada 11.15 malam itu hasil siasatan serta risikan ke atas sebuah premis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menggesa kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat berhubung aktiviti jenayah kepada polis bagi membolehkan tindakan lanjut diambil. 

Tiada ulasan: