"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Shuhaily berdepan 2 pertuduhan esok

Faisal Asyraf

Peguam Negara Dusuki Mokhtar berkata beliau akan didakwa kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
SHUHAILY MOHD ZAIN
Ketua Pengarah AKPS Shuhaily Zain dituduh sengaja mendatangkan kecederaan terhadap dua anggota polis di KLIA susulan rakaman tular, baru-baru ini.
PETALING JAYA: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Shuhaily Zain akan dituduh esok berhubung dakwaan mendatangkan kecederaan terhadap dua anggota polis di KLIA.

Peguam Negara Dusuki Mokhtar ketika mengesahkan perkara itu, berkata Shuhaily bakal berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

“Beliau akan berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Sepang,” katanya ketika dihubungi.

Kes berkenaan tular selepas rakaman litar tertutup (CCTV) yang didakwa memaparkan Shuhaily bersemuka seorang individu di Terminal 1 KLIA.

AKPS mengesahkan rakaman CCTV tersebut adalah tulen, sambil menyatakan insiden itu berlaku semasa Shuhaily sedang memeriksa persiapan di KLIA menjelang Grand Prix Bahrain di Malaysia.

Shuhaily mendakwa pihak tertentu cuba mencemarkan reputasinya dan AKPS, namun beliau menegaskan akan memberi kerjasama penuh kepada siasatan dan menerima apa jua keputusan dibuat pihak berkuasa.

Tiada ulasan: