Abdul Rahemang Taiming

Penuntut kolej berusia 18 tahun direman tiga hari bagi membantu siasatan kes rogol remaja 16 tahun. – Foto NSTP
TAWAU: Seorang penuntut kolej berusia 18 tahun direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan bawah umur dalam kejadian dua tahun lalu.
Majistret Don Stiwin Malanjum membenarkan perintah reman terhadap penuntut kolej itu sehingga 23 Oktober selepas mendengar permohonan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Inspektor Nurhafizah Hussin, mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan terbongkar susulan laporan polis yang dibuat pegawai perubatan Hospital Tawau selepas memeriksa remaja perempuan berusia 16 tahun terbabit pada 1 Oktober lalu.
Polis kemudian menahan lelaki berkenaan kira-kira jam 11.15 malam tadi sebelum membawanya ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan