"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pergaduhan besar berlaku di majlis perkahwinan gara-gara tetamu ambil dua hidangan daging

Kenduri kahwin ‘riuh’ tetamu ambil dua hidangan daging
KOSMO!
TANGKAP layar menunjukkan pergaduhan berlaku di majlis perkahwinan kerana juadah daging yang diambil tetamu. - AGENSI
JAKARTA – Hajat sebuah keluarga untuk meraikan hari bahagia pasangan pengantin di majlis resepsi perkahwinan di Jawa Barat, Indonesia bertukar menjadi pergaduhan besar baru-baru ini, lapor halaman berita Radar Kaltim.

Pergaduhan  itu berpunca daripada tindakan seorang tetamu yang mengambil dua hidangan lauk daging semasa menjamu selera.

Berdasarkan maklumat yang tular di media sosial, insiden bermula apabila pihak tuan rumah berasa berang selepas menyedari tindakan tetamu berkenaan yang dianggap mementingkan diri.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila tetamu lain mula bersuara dan merungut selepas kehabisan lauk pauk.

Malah, suasana gamat itu bertambah buruk apabila ada dalam kalangan tetamu terkejut selepas mendapati ketulan yang disangka daging sebenarnya hanyalah lengkuas.

Ekoran kejadian itu, pertengkaran mulut antara kedua-dua belah pihak tidak dapat dielakkan sehingga mencetuskan pergaduhan fizikal.

Beberapa rakaman video yang tular turut memaparkan peralatan majlis di sekitar lokasi bertaburan dan berselerak, sementara tetamu lain kelihatan panik sambil berusaha meleraikan pergaduhan tersebut.

Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi kenangan manis buat kedua-dua mempelai akhirnya dicemari dengan insiden pergaduhan yang memalukan itu. – AGENSI

Tiada ulasan: