"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pencari kerang jumpa mayat

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my
Mayat mangsa ditemui oleh orang awam ketika mencari kerang di laut pantai Tanjung Aru 2, dekat Prince Philip Park, Kota Kinabalu. FOTO IHSAN PDRM
Mayat mangsa ditemui oleh orang awam ketika mencari kerang di laut pantai Tanjung Aru 2, dekat Prince Philip Park, Kota Kinabalu. FOTO IHSAN PDRM
Kota Kinabalu: Niat mencari kerang bertukar menjadi detik mengejutkan apabila seorang individu menemukan mayat lelaki terapung di laut berhampiran Pantai 2 Tanjung Aru, dekat Prince Philip Park, di sini, pagi tadi.

Penemuan jam 10.57 pagi itu dimaklumkan kepada polis sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, mayat dibawa ke tepi pantai dengan bantuan orang awam.

Katanya, pasukan perubatan dari Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) tiba pada jam 12 tengah hari sebelum mengesahkan kematian lelaki berkenaan.

"Identiti lelaki terbabit belum dikenal pasti dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca kematiannya.

"Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik HQE I untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Shahrudin berkata, polis memohon bantuan orang ramai bagi mengenal pasti identiti lelaki yang dianggarkan berusia lingkungan 40-an itu.

Katanya, usaha turut dijalankan bagi mengesan waris lelaki berkenaan.

"Orang ramai yang mengenali lelaki terbabit atau mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ketua Polis Balai Tanjung Aru, Sub Inspektor Zairey Lee di talian 014-8555593.

"Sebarang maklumat amat diperlukan bagi membantu polis mengenal pasti identiti lelaki itu serta mengesan ahli keluarganya," katanya.

Tiada ulasan: