"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Mayat bayi ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dalam longkang

Nazdy Harun
am@hmetro.com.my

Hulu Terengganu: Mayat bayi ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di dalam longkang di kawasan Perumahan Padang Setengge, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, penemuan dimaklumkan seorang lelaki jam 6.52 petang, yang menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Hulu Terengganu.

Menurutnya, mayat bayi berkenaan ditemukan seorang wanita ketika sedang membasuh pakaian di belakang rumahnya, sebelum memberitahu wakil penduduk.

"Siasatan awal mendapati mayat bayi itu ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dengan sebelah tangan sahaja, namun kedua-dua belah kaki masih ada.

Mayat belum dapat dikenal pasti jantina dan kewarganegaraannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharudin berkata, pasukan forensik dan unit anjing pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut diminta untuk membantu siasatan di lokasi kejadian.

Katanya, mayat sudah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk proses bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: