"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki rogol, samun 2 beradik di hotel dipenjara 15 tahun

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 15 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Klang atas pertuduhan merogol seorang wanita dan melakukan samun bersenjata terhadap dua beradik di sebuah hotel.

Hakim Siti Nur Shafrida Hashim menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan merogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, manakala lima tahun lagi bagi samun mengikut Seksyen 392 dan 397 kanun sama.

Tertuduh berusia 53 tahun diperintah menjalani kedua-dua hukuman itu secara berasingan.

Kesalahan didakwa dilakukan kira-kira 5.50 pagi pada 14 Nov lalu ketika mangsa sedang tidur di sebuah bilik hotel di Jalan Kapar, Klang.

Mengikut fakta kes, tertuduh memasuki bilik mangsa berusia 39 tahun sebelum mengugutnya menggunakan pemutar skru dan merogol wanita itu.

Tertuduh kemudian ke bilik adik mangsa dan cuba merogolnya, namun gagal selepas wanita itu melawan dan kakaknya menghalang perbuatan berkenaan.

Dia turut meminta wang daripada kedua-dua mangsa dalam keadaan mereka ketakutan, menyebabkan mangsa pertama menyerahkan RM200 manakala adiknya menyerahkan RM700 serta sebuah telefon bimbit.

Lelaki itu ditangkap anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah IPD Klang Utara kira-kira 7.40 malam pada 14 Nov lalu di sebuah premis di Jalan Kapar. Telefon bimbit milik mangsa turut dirampas.

Tiada ulasan: