"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

4 MP Bersatu Sabah hilang kerusi jika keluar parti secara rasmi - Wan Junaidi

Malaysiakini

Empat ahli parlimen Sabah yang meninggalkan Bersatu tidak mempunyai pilihan selain mengosongkan kerusi sebaik sahaja keluar daripada parti itu secara rasmi, kata bekas menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi, yang merupakan menteri yang menyelia kelulusan undang-undang antilompat parti awal tahun ini, berkata ini demikian meskipun mereka kekal menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Keempat-empat mereka telah memenangi kerusi mereka di bawah tiket GRS, yang seterusnya merupakan parti politik berdaftar secara rasmi yang berfungsi sebagai platform gabungan untuk Bersatu Sabah dan empat parti berasaskan Sabah bertanding pada PRU ke-15.

Pada 10 Dis, Pengerusi GR Hajiji Noor mengumumkan Bersatu Sabah keluar dari Bersatu.

Seorang lagi ahli parlimen Bersatu Sabah, Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee yang bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) kekal bersama Bersatu.

Bagi Wan Junaidi, undang-undang antilompat parti mengambil kira faktor parti dan bukannya keahlian dalam gabungan.

“Undang-undang itu bercakap tentang orang yang keluar daripada satu parti untuk menjadi bebas atau menjadi ahli parti lain.

“Jadi tidak ada bezanya sama ada dia tergolong dalam gabungan kerajaan dan kekal dalam gabungan itu,” katanya, seperti dilapor Malay Mail.

Wan Junaidi menegaskan bahawa selagi empat ahli parlimen Bersatu Sabah yang lain kekal dalam Bersatu, mereka tidak perlu mengosongkan kerusi walaupun tidak akur kepada pendirian parti.

Menurut FMT, Wan Junaidi juga menolak tanggapan bahawa undang-undang itu akan melihat Bersatu Sabah sebagai entiti yang berasingan daripada Bersatu.

“Saya menggubal undang-undang untuk melarang perkara seperti itu berlaku dan mewujudkan kestabilan politik dalam negara,” katanya.

Empat Ahli Parlimen terbabit ialah Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Malaysiakini telah cuba mendapatkan komen daripada Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin untuk memastikan status keempat-empat mereka.

Tiada ulasan: