"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelakon Bollywood, Veena Kapoor dibunuh anak kerana harta

Agensi

VEENA Kapoor. FOTO Agensi

VEENA Kapoor. FOTO Agensi

New Delhi: Pelakon televisyen veteran Bollywood, Veena Kapoor dilaporkan dibunuh oleh anak lelakinya sendiri, lapor Business Today.

Menurut portal itu, pelakon berusia 74 tahun itu dipercayai dibunuh kerana pergaduhan akibat harta.

Veena dipercayai dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol, selepas bergaduh dengan anak lelakinya yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan pihak berkuasa, anak lelakinya mengaku membunuh ibunya sendiri hanya disebabkan perselisihan faham membabitkan hartanah.

Polis sudah menahan tertuduh, Sachin Kapoor, 43, dan individu yang didakwa bersubahat dengannya, Chhotu, atau nama sebenarnya, Lalu Kumar Mandal, 25.

Selepas membunuh ibunya, Sachin dikatakan membuang mayat Veena ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.

Veena pernah terbabit dalam drama 'Bhabhi' yang disiarkan sekitar tahun 2002 hingga 2008.

Selain itu, antara filem lain lakonan Veena ialah 'Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna', 'Dal: The Gang' dan 'Bandhan Pheron Ke'.

-hmetro 

Tiada ulasan: