"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selepas sidang media sulung, Adam Adli ‘meletup’ di Twitter, UPSI ucap tahniah, MOM pula amat kecewa

FAZLI RADZI

Selepas sidang media sulung dan melaporkan diri secara rasmi di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya, semalam, nama “Adam Adli” ‘meletup’ di Twitter.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan dengan nama penuhnya, Adam Adli Abdul Halim itu menjadi fenomena di media sosial tersebut apabila muncul trending dengan lebih 2,600 ciapan setakat jam 4 petang tadi.

Pelbagai topik dibangkitkan warganet menjadikan nama Adam Adli sohor kini di Twitter termasuk ucapan tahniah atas pelantikan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pernah menggantung pengajian bekas aktivis mahasiswa itu selama enam tahun.

Tidak kurang juga reaksi “amat kecewa” pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang menaungi 57 Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) selepas Adam menegaskan bahawa arena sukan negara harus bebas daripada sebarang amalan korupsi, ketidakcekapan dan ketirisan.

Paling menarik perhatian adalah gambar Adam dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh masing-masing merenung ke permukaan padang dengan pakaian sukan.

“Literally turun padang,” ciap Adam di Twitter beliau yang dilihat berseloroh sekaligus dalam masa sama mengundang deretan cadangan orang ramai terutama peminat sukan.

“YB, kalau boleh publickan penyelenggaraan semua padang utama di Malaysia. Kemaskini di laman web apa yang diselenggara, tarikh diselenggara, kos, apa yang pending, apa yang rosak dan lain-lain. Biar rakyat tahu.

“Tolong tanyakan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan Perbadanan Stadium, tiket mahal sangatlah untuk group stage. RM30 boleh terima lagi.

“Mohon fokus pada stadium berkapasiti lebih kecil dan menambah baik, mengubah suai stadium kepada yang standard hari ini. Tak guna jika Stadium Sultan Ibrahim & SNBJ saja ada taraf antarabangsa, yang lain macam stadium 90-an,” demikian antara saranan orang ramai menerusi Twitter.

Tiada ulasan: