"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Sesak tak bergerak, nak balik KL sila tangguh dulu!’

KOSMO!

PETALING JAYA – “Jika anda dari Besut atau Terengganu, nak balik Kuala Lumpur (KL)…tangguhkan dulu.”

Itu pesanan seorang lelaki yang berkongsi situasi semasa laluan berkenaan, hari ini kepada orang ramai.

Menggunakan profil @Mohdfadlisalam lelaki itu berkata, trafik sesak bermula dari Tol Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) hingga ke Setiu.

“Jalan sesak tak bergerak dari Tol LPT hingga ke Setiu. Sesak dekat Rhu Sepuluh tu,” kongsinya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai terutamanya daripada pengguna laluan berkenaan yang turut berkongsi ‘situasi’ masing-masing.

“Dua jam lebih dari Besut tersekat dekat Setiu…terus pusing balik Besut semula. Tak sanggup,” komen seorang pengguna.

“Tiga jam ya dari Besut ke Tol LPT,” kata pengguna lain.

“Dari hari Jumaat sesak dekat Setiu,” dedah @Hawaniizulkefli. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: