"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tular video dua kereta dipandu laju, berbahaya sebelum nahas ragut 4 nyawa

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Kluang: Satu video rakaman papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial memaparkan dua kereta dipercayai dipandu laju dan berbahaya sebelum kemalangan membabitkan lima kenderaan hingga meragut empat nyawa hari ini.

Video berdurasi 1.01 saat itu mula tular dalam tempoh beberapa minit sejurus kemalangan di Jalan Renggam-Simpang Renggam, hadapan penjara Simpang Renggam di sini.

Rakaman itu dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya yang bergerak dari arah sama dengan kedua-dua kereta terbabit.

Menerusi rakaman video terbabit, dua kereta terbabit dilihat memecut termasuk sebuah daripadanya memotong di garisan berkembar.
TANGKAP layar dua kereta dipercayai dipandu laju dan berbahaya hingga menyebabkan kemalangan meragut empat nyawa di Jalan Renggam-Simpang Renggam. FOTO media sosial
TANGKAP layar dua kereta dipercayai dipandu laju dan berbahaya hingga menyebabkan kemalangan meragut empat nyawa di Jalan Renggam-Simpang Renggam. FOTO media sosial
Tidak lama kemudian, sebuah daripada kereta terbabit berhenti di tepi manakala sebuah lagi terbabas selepas berlaku kemalangan.

Susulan penularan rata-rata warganet mengecam pemandu kedua-dua kereta itu dan memohon agar pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap mereka.

Dalam kejadian itu, empat mangsa yang menaiki Toyota Vios maut dalam nahas membabitkan lima kenderaan.

Keempat-empat mangsa yang maut ialah Aiman Mohd Rashid, 36; Nor Azlina Abd Latip, 33; Semek Mat Soh, 73, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10.

Selain Toyota Vios, nahas turut membabitkan empat lagi kenderaan iaitu Perodua Alza, Proton Wira, Mercedes Benz dan BMW.

Tiada ulasan: