"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 lelaki berparang samun kedai runcit di Chemor

FMT Reporters

Polis berkata kes itu dipercayai ada kaitan dengan satu lagi kes samun sebuah kedai runcit di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada hari sama.
rompakan bersenjata
Polis berkata suspek di sebalik samun bersenjata di Chemor pada 31 Mei lalu sudah dikenal pasti. (Gambar Threads)
PETALING JAYA: Polis sedang mengesan tiga lelaki disyaki menyamun sebuah kedai runcit di Chemor, Perak pada 31 Mei lalu.

Ketua Polis Ipoh, Najib Hamzah, berkata tiga lelaki yang bersenjatakan parang itu melarikan wang tunai dan beberapa barangan daripada premis terbabit.

Video kejadian itu kemudian tular di media sosial.

“Tiada kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan sambil menambah suspek telah dikenal pasti.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan serta bersenjata.

Najib ketika dihubungi berkata, kes itu dipercayai ada kaitan dengan satu lagi kes samun sebuah kedai runcit di Nibong Tebal, Pulau Pinang, pada hari sama.

Katanya, wang tunai sebanyak RM1,600 dan barangan berharga dilarikan dalam kes samun di Chemor.

Tiada ulasan: