"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki Myanmar maut diserang rakan senegara, isteri cedera

Bernama

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga Myanmar maut, manakala isterinya cedera selepas diserang seorang rakan senegara di Taman Belibis, Simpang Ampat, di sini, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata polis kemudian menahan seorang lelaki Myanmar berusia 38 tahun bagi membantu siasatan.

“Dalam kejadian itu, mangsa berusia 31 tahun meninggal dunia dipercayai akibat ditikam, manakala wanita berumur 26 tahun yang juga warga Myanmar mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke HSJ untuk dibedah siasat, manakala siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Tiada ulasan: