Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

TULAR aksi manja pasangan ketika memandu kereta mengundang kecaman netizen. FOTO tular
Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan ke atas seorang lelaki yang memandu kereta dengan pasangan wanita tidak memakai tali pinggang keledar serta duduk menghadapnya sehingga tular di media sosial.
Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

"Tindakan akan diambil terhadap pemandu dan penumpang kereta terbabit.
"Siasatan masih berjalan dan selepas selesai kita akan mengeluarkan saman kepada mereka," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Terdahulu tular di Threads pasangan yang memandu kereta dalam keadaan wanita terbabit melakukan aksi manja tanpa memakai tali pinggang keledar.
Malah wanita itu turut duduk bersandar pada papan pemuka kereta itu sehingga mengundang kecaman netizen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan