"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terowong dadah bawah kedai runcit

AFP
FOTO serahan tanpa tarikh yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman AS pada 1 Jun 2026, menunjukkan terowong rentas sempadan AS-Mexico, yang terbentang dari Tijuana, Mexico ke sebuah kedai runcit berhampiran Pelabuhan Masuk Otay Mesa  di California. FOTO Edaran Jabatan Kehakiman AS melalui AFP
FOTO serahan tanpa tarikh yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman AS pada 1 Jun 2026, menunjukkan terowong rentas sempadan AS-Mexico, yang terbentang dari Tijuana, Mexico ke sebuah kedai runcit berhampiran Pelabuhan Masuk Otay Mesa di California. FOTO Edaran Jabatan Kehakiman AS melalui AFP
Los Angeles: Sebuah terowong canggih yang mengunjur ratusan meter (m) di bawah sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico dan muncul di dalam sebuah kedai runcit di California digunakan untuk menyeludup kokain bernilai lebih daripada AS$45 juta (kira-kira RM200 juta), kata pegawai AS.

Laluan bawah tanah itu, yang merentasi dari bandar Tijuana di Mexico ke sebuah outlet di Pelabuhan Masuk Otay Mesa, dianggarkan sepanjang 590 m, sedalam 16.8 m dan setinggi sehingga 1.4 m.

Penyiasat AS berkata, ia mempunyai dinding yang diperkukuh, rel atau sistem pengudaraan, bekalan elektrik dan diakses menggunakan lif hidraulik.

Video yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman AS menunjukkan, anak tangga konkrit yang kelihatan kukuh menuju ke dalam terowong itu, yang kelihatan mempunyai lantai konkrit.

Dalam pada itu, penyiasat dadah persekutuan Homeland Security menghabiskan masa berbulan-bulan memantau pergerakan orang di sekitar sebuah kedai runcit 'Buy 4 Less' di kawasan sempadan itu.

Apabila mereka bertindak, mereka menemukan lebih daripada 1,000 kilogram (kg) kokain yang dipercayai diangkut melalui terowong itu dan dimuatkan ke dalam trak.

"Organisasi jenayah terus mencari cara untuk mengeksploitasi sempadan kita, tetapi mereka memandang rendah keteguhan lelaki dan wanita yang melindunginya.

"Penemuan terowong ini adalah bukti kepada perkongsian kukuh kami dan komitmen tidak berbelah bahagi penguat kuasa undang-undang di kedua-dua belah sempadan," kata ketua ejen peronda bagi sektor San Diego Border Patrol, Justin De La Torre.

Empat orang, terdiri daripada dua dari San Diego dan dua lagi dari Mexico, dilaporkan didakwa berkaitan dengan dakwaan pengimportan dadah itu.

Jabatan Kehakiman berkata, 99 laluan bawah tanah ditemukan di Southern District of California sejak 1993.

Daripada jumlah itu, 28 dianggap dalam keadaan canggih dan kali terakhir, sebuah terowong yang masih beroperasi ditemukan di kawasan itu adalah pada 2022.
-hmetro 

Tiada ulasan: