"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kedah: Lelaki cedera disamun 2 suspek bersenjata parang

Bernama

BALING: Seorang lelaki berusia 20-an cedera pada bahagian kepala, bahu dan siku dalam kejadian samun membabitkan dua suspek bersenjata parang di rumahnya di Kuala Ketil, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Baling, Brandon Anak Richard Joe, berkata polis menerima laporan pada 8.40 pagi.

“Siasatan mendapati pada 8.10 pagi, mangsa didatangi dua suspek lelaki menaiki motosikal jenis Honda berwarna perak. Kedua-dua suspek masing-masing bersenjatakan parang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.

“Mangsa kerugian sejumlah wang tunai serta barangan peribadi. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ketika melakukan rompakan,” katanya.

Tiada ulasan: