"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki berseluar dalam mengamuk dalam kafe

KOSMO!
TANGKAP layar klip video menunjukkan pelancong Australia ini mengamuk di dalam sebuah kafe di Vietnam. – AGENSI
HANOI – Seorang pelancong lelaki diberkas selepas mengamuk dalam keadaan separuh bogel selama 30 minit di dalam sebuah kafe, lapor akhbar The Sun semalam.

Rakaman video kejadian menunjukkan lelaki itu mengamuk di dalam premis Ge Cafe, di bandar tepi pantai Da Nang, Vietnam, malam Sabtu lepas.

Polis berkata, kekecohan bermula selepas pelancong itu didakwa mengambil telefon lelaki lain dan enggan memulangkannya.

Beberapa ketika kemudian, dia berdiri dan menjerit kepada pelanggan: “Anda ada 10 saat untuk beredar sebelum saya memulakan amukan dan memusnahkan kafe ini.”

Dia menanggalkan pakaian dan menggunakan kerusi untuk merosakkan barang di kaunter, memecahkan seramik, balang, malah mesin pembuat kopi.

Pemilik kafe memberitahu laman berita tempatan,VNExpress bahawa kejadian berlaku kira-kira 30 minit, menyebabkan premis itu musnah.

Polis tiba ketika konfrontasi masih berterusan, dengan seorang pelanggan dilaporkan melawan lelaki itu untuk membebaskan seorang pelanggan lain yang sedang ditahan.

Pihak berkuasa berkata, kerosakan kafe itu berjumlah kira-kira 500 juta dong (RM75,380).

“Ramai pelanggan berlari keluar tanpa sempat mengambil barang-barang mereka yang telah dirosakkan,” kata seorang pegawai polis.

Lelaki Australia itu kekal ditahan sementara polis meneruskan siasatan dan melengkapkan kertas pertuduhan. – AGENSI

Tiada ulasan: