Ameera Farhana hilang sejak semalam, dilihat bawa beg galas
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my

POLIS memohon bantuan awam bagi mengesan orang hilang (OH), Ameera Farhana Sarif Abdullah, 14, yang dilaporkan hilang sejak semalam. FOTO Ihsan PDRM
Sungai Buloh: Polis memohon bantuan awam bagi mengesan orang hilang (OH), Ameera Farhana Sarif Abdullah, 14, yang dilaporkan hilang sejak semalam.
Ketua Polis Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhamad Nor berkata, pihaknya menerima laporan daripada Ibu kepada remaja perempuan berkenaan kira-kira 10.45 malam semalam.
"OH kali terakhir dilihat Lot 1379, Jalan Gajah 2, Kampung Kubu Gajah, di sini semalam dengan memakai baju T berwarna coklat, seluar jeans biru muda, bertudung hitam dan membawa beg galas.
"Remaja berkenaan dianggarkan setinggi 148 sentimeter, berat 49 kilogram, berkulit sawo matang dan rambut paras bahu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhamad Rais Azmi di talian 0169495707.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan