KOSMO

JET itu mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Nnamdi Azikiwe selepas pintunya tiba-tiba tercabut semasa di udara. - The Sun UK
ABUJA – Sebuah jet peribadi mendarat cemas selepas pintunya tiba-tiba tercabut semasa berada di ruang udara di Nigeria, lapor akhbar The Sun UK.
Pesawat jenis Bombardier Challenger 600 itu menghantar isyarat kecemasan tiga minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Nnamdi Azikiwe di Abuja sekitar pukul 4.17 petang (waktu tempatan), baru-baru ini.
Juruterbang menghantar isyarat kecemasan ketika pesawat berada pada ketinggian 914.4 meter.
Pesawat itu bagaimanapun selamat mendarat kira-kira 17 minit selepas berlepas.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan pintu jet itu jatuh dari langit di sebuah kawasan lapang berhampiran Lapangan Terbang Nnamdi.
“Ini apa yang kami temukan semasa dalam perjalanan pulang dari ladang,” kata seorang petani dalam klip video tersebut. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan