"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pendakwah perlekeh bidang kuasa sultan?

HarapanDaily.com
Pendakwah perlekeh bidang kuasa sultan?
K PRAGALATH

Ekoran keputusan Majlis Agama Islam Selangor menarik balik tauliah sebilangan pendakwah yang juga aktivis politik, pendakwah bebas seperti Ahmad Dusuki Abd Rani dan Abdullah Khairi Haroon telah menuduh MAIS dengan pelbagai tuduhan.

Tidakkah ini sama dengan mempersoal bidang kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah? Bukankah ini bermakna para pendakwah sedemikian memperlekeh kuasa sultan

Sultan ialah ketua agama Islam di negeri beraja manakala Yang Dipertuan Agong adalah ketua agama Islam untuk Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sultan Sharafuddin juga pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

MAIS adalah institusi langsung di bawah kuasa sultan. Ia tidak berfungsi di bawah majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Fikirkan sejenak. Tindakan menuduh MAIS sama dengan mempersoal bidang kuasa sultan. Maksudnya ia sama dengan tindakan menghina sultan dan itu adalah kesalahan 3R.

Ini bukan kali pertama perkara seumpama ini berlaku. Ia didahului oleh pemimpin pujaan para pendakwah tersebut.

Sewaktu pilihan raya kecil parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor, presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertikai kuasa Lembaga Rayuan. Beliau disiasat.

Semasa pilihan raya negeri Selangor pula, pengarah pilihan raya Pas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah mempertikai kewibawaan Sultan Selangor dalam pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sanusi yang juga Menteri Besar sedang berdepan kes mahkamah kerana mempertikai kuasa sultan.

Ada peribahasa Bahasa Melayu yang berbunyi guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

Itulah yang telah berlaku dalam kes Dusuki dan Khairi.

Sekiranya para pimpinan parti boleh diambil tindakan siasatan dan dakwaan, mengapa tidak tindakan sebegini menyusul terhadap para pengikut mereka?

Tiada ulasan: