"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM bongkar penipuan pembekalan beras RM100 juta

FMT Reporters

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan kegiatan penipuan sebuah syarikat pembekalan beras di Kedah yang mendapat kontrak membekalkan makanan ruji itu bernilai RM100 juta.

Kegiatan berkenaan menyebabkan kepincangan pengedaran dan penjualan bahan makan ruji negara itu.

Sumber berkata pihak itu telah mendapat kontrak pembekalan beras daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri bernilai lebih RM100 juta setahun kira-kira tujuh tahun lalu bagi pembekalan beras di Semenanjung Malaysia.

Jelas sumber, berdasarkan kontrak itu, syarikat terbabit telah membuat pinjaman bank kira-kira RM30 juta sebagai pembiayaan projek tersebut beberapa tahun lalu.

“Pengarah syarikat tersebut telah berpakat dengan seorang ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan negeri tersebut untuk mengesahkan pembelian dan penghantaran sebanyak 28,000 tan beras setahun bernilai lebih RM100 juta namun pembekalan tersebut tidak dibuat.

“Syarikat itu dikatakan telah pun menerima amaun kira-kira RM30 juta itu menerusi beberapa transaksi,” katanya.

Katanya, suspek terbabit juga dikatakan telah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan palsu kepada pihak bank untuk proses permohonan pembiayaan pinjaman.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tiada ulasan: