"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengaruh Khawarij sangat jelas, perbaiki fikrah dengan pencerahan

HarapanDaily.com
Pengaruh Khawarij sangat jelas, perbaiki fikrah dengan pencerahan
AHMAD MURSI 

Barangkali pihak yang melaksana kempen takfiri semasa pilihan raya dan berjaya memenangi dengan cara itu anggap perbuatan mereka akan tamat di situ.

Sebenarnya, itu mengesahkan lagi elemen Khawarij yang telah diingatkan oleh Nabi S.A.W. akan terus wujud bahkan Dajjal muncul dalam kalangan mereka.

Fikrah Takfiri Khawarij itu telah ‘menawan’ fikiran ramai orang Melayu, anak-anak muda dan asatizah.

Yang timbul di Whatsapp dan media sosial hanya ‘tips of iceberg’.

Asatizah yang telah terpedaya dengan kempen Takfiri Khawarij wajar mengkaji semula terlalu banyak hadith Nabi S.A.W. berkaitan ancaman Khawarij ini.

Taubat dan Islah adalah jalan ke depan. Perbaiki semula fikrah masyarakat yang telah dirosakkan dengan ceramah, hujah dan bayan.

Tiada ulasan: