"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liverpool gagal dapatkan mata penuh

Jaringan penyamaan Dunk hampakan Liverpool
Lewis Dunk (kiri) meraikan jaringan penyamaannya ketika menentang Liverpool, sebentar tadi. Foto AFP
Lewis Dunk (kiri) meraikan jaringan penyamaannya ketika menentang Liverpool, sebentar tadi. Foto AFP
BRIGHTON, England: Kapten Brighton & Hove Albion, Lewis Dunk meledak gol menerusi tendangan voli bagi memadam dua jaringan Mohamed Salah untuk mencatat keputusan seri 2-2 dengan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah mendahului pada minit ke-20 menerusi jaringan Simon Adingra sebelum Salah menyamakan kedudukan pada minit ke-40 dengan sentuhan penyudah kaki kiri.

Penyerang Mesir itu meletakkan skuad The Reds di depan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan babak pertama selepas Dominik Szoboszlai dijatuhkan oleh Pascal Gross dalam kotak penalti.

Pemain gantian, Ryan Gravenberch yang masuk bagi menggantikan Harvey Elliot selepas waktu rehat terlepas peluang terhidang bagi terus meletakkan Liverpool di depan apabila percubaan jarak dekat dilakukannya terkena palang.

Gravenberch yang dibawa masuk daripada Bayern Munich pada hari terakhir perpindahan mempunyai satu lagi peluang terbaik untuk melebarkan kedudukan buat Liverpool tetapi percubaan lemahnya berjaya diselamatkan.

Brighton mempunyai peluang pada babak kedua dan mendesak penalti diberikan selepas mendakwa bola terkena tangan Virgil van Dijk, tetapi pengadil tidak mengendahkannya.

Brighton bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi tendangn voli Dunk pada minit ke-78.

Keputusan itu menyaksikan Liverpool ketika ini menduduki tangga keempat liga dengan 17 mata manakala Brighton kekal di kedudukan keenam dengan 16 mata. - REUTERS

Tiada ulasan: