"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita ditahan cuba tetak adik dengan pedang

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang wanita ditahan kerana cuba menetak adiknya dengan pedang dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Melayu Sungai Buloh, semalam.

Difahamkan, wanita berusia 30-an itu tidak berpuas hati dengan adik lelakinya berusia 20-an.

Ketua Polis Sungai Buloh, Shafa’aton Abu Bakar, berkata pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan dan menahan suspek serta merampas pedang sepanjang 0.9m yang digunakannya.

“Suspek kemudian dibawa ke IPD Sungai Buloh untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau direman tiga hari hingga 11 Okt ini untuk disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: