"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hizbullah lancar peluru berpandu dari Lubnan

TERJEMAHAN SINAR HARIAN
Penduduk Lubnan menghadiri upacara pengebumian anggota Hizbullah yang terkorban di perkampungan Khirbet Silem. - Foto AFP
Penduduk Lubnan menghadiri upacara pengebumian anggota Hizbullah yang terkorban di perkampungan Khirbet Silem. - Foto AFP
BEIRUT - Kumpulan Hizbullah yang disokong Iran melancarkan peluru berpandu ke Israel pada Rabu, yang mencetuskan serangan balas rejim Zionis.

Serangan balas berlaku ketika Israel mengumpulkan tentera dan kereta perisai di sekitar Gaza dalam kempen 'membalas dendam' ke atas pejuang Hamas dalam konflik yang menyebabkan ribuan ratusan terbunuh di kedua-dua belah pihak.

"Hizbullah mensasarkan kedudukan Zionis di perkampungan Dhayran dengan peluru berpandu sebagai tindakan tegas terhadap Israel yang menyebabkan saudara kita mati syahid," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Hizbullah turut memberi amaran serangan tindak balas yang mensasarkan negara dan keselamatan penduduk awam.

Tentera Israel berkata, serangan balas di wilayah Lubnan yang mengorbankan anggota Hizbullah dilancarkan selepas kumpulan itu menyerang menggunakan peluru anti-kereta kebal terhadap IDF.

Agensi Berita Nasional (NNA) Lubnan berkata, dua orang awam cedera ringan dalam serangan diperkampungan Dhayra sehingga mencetuskan kebakaran hutan berhampiran.

NNA berkata, tembakan Israel di beberapa lokasi sepanjang sempadan telah dibalas dengan mesingan oleh kumpulan penentang Hizbullah.

Pada Isnin, Hizbullah menyatakan tiga orang anggotanya terbunuh dalam serangan Israel di selatan Lubnan selepas pejuang Palestin cuba menyelinap merentasi sempadan. - AFP

Tiada ulasan: