"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Arab Saudi hentikan semua rundingan normalisasi dengan Israel

HarapanDaily.com

Arab Saudi umum menghentikan semua rundingan untuk menormalisasi hubungan dengan Israel.

Keputusan itu dimaklumkan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken yang menjadi pengantara rundingan damai dan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Lapor Agensi, keputusan Arab Saudi untuk menghentikan rundingan itu telah menimbulkan persoalan mengenai masa depan diplomasi serantau dan keamanan Timur Tengah.

Bagaimanapun, laporan dari sebuah portal di Pakistan iaitu SAMAA TV menyatakan, sebab di sebalik keputusan itu masih belum difahami sepenuhnya.

Tetapi spekulasi menunjukkan bahawa peningkatan keganasan baru-baru ini antara Israel dan Palestin mungkin telah memainkan peranan.

Amerika Syarikat (AS) secara aktif telah menggalakkan negara-negara Arab untuk menjalinkan hubungan dengan Israel dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Menerusi Perjanjian Abraham 2020 menyaksikan beberapa negara Arab, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, dan Sudan, menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Pada September lalu, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman berkata normalisasi hubungan diplomatik antara negaranya dengan Israel saban hari semakin hampir.

Bagaimanapun, beliau mahu isu Palestin diselesaikan terlebih dahulu.

Tiada ulasan: