"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 lokasi di Kampung Baru banjir

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
ANGGOTA APM menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Baru. FOTO Ihsan APM
ANGGOTA APM menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Baru. FOTO Ihsan APM
Kuala Lumpur: Beberapa rumah di sekitar Kampung Baru di sini dinaiki air susulan hujan lebat selama beberapa jam di sekitar ibu negara di sini, petang tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soeharto berkata dua pasukan digerakkan bagi tugasan pemantauan.

"Hujan lebat mula turun di kawasan sekitar ibu negara hari ini sejak 4.15 petang.

"Dua pasukan dibentuk bagi memantau kawasan berisiko di Kampung Periuk, Kampung Baru dan Kampung Jalan Kubur, Pantai dalam di sini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dua lokasi sekitar Kampung Baru iaitu di Kampung Periuk ditenggelami air sedalam 0.4 meter manakala Jalan Hamzah sedalam 0.5 meter.

Katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai lain-lain pangkat dikerahkan bagi membantu mangsa yang terjejas.

Tiada ulasan: