"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IED meletup, wanita antara 2 ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki tempatan dan wanita warga asing ditahan di Pulau Pinang semalam selepas sebutir bom buatan sendiri meletup di Butterworth.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Asrie Shafie, berkata Balai Polis Mak Mandin menerima panggilan telefon memaklumkan penemuan satu bungkusan mencurigakan di sebuah rumah pangsa di Taman Pandan, Butterworth, disyaki mengandungi bahan letupan.

Menurut saksi, letupan berlaku pada 12.56 tengah hari di depan sebuah rumah di sana.

Asrie berkata, hasil pemeriksaan unit pemusnah bom dan K9 yang dihantar ke lokasi kejadian mengesahkan ia improvised explosive device (IED).

Katanya, polis kemudian menahan seorang lelaki tempatan dam seorang wanita warga asing di dua lokasi berbeza di kawasan Mak Mandin dekat Butterworth.

Beliau berkata, hasil soal siasat ke atas suspek pertama membawa kepada penemuan sebutir lagi bom buatan sendiri, peluru dan sepucuk pistol buatan sendiri serta kerambit.

“Suspek mengakui mempelajari cara membuat bom melalui laman web dan bahan diperoleh melalui pembelian atas talian,” katanya dalam kenyataan.

Asrie berkata, dua suspek itu negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.

Katanya, motif kejadian masih disiasat dan suspek direman untuk disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957, Seksyen 8 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Tiada ulasan: