"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kereta Exco Kedah ‘rampas’ petak parkir OKU tular

HarapanDaily.com
Kereta Exco Kedah ‘rampas’ petak parkir OKU tular
Tular gambar kenderaan rasmi Exco kerajaan negeri Kedah diletak dalam petak parkir khas Orang Kelainan Upaya (OKU).

Rata-rata mempertikai tindakan yang ‘merampas’ kemudahan untuk OKU itu selain dianggap jelas melanggar undang-undang.

Pemimpin berkenaan yang pastinya sempurna sifat fizikal juga dianggap mementingkan diri tanpa memikirkan kesulitan OKU.

Warganet juga hairan bagaimana seorang wakil rakyat tergamak mengambil kesempatan menyalah gunakan kemudahan disediakan kepada golongan itu.

Walaupun komuniti OKU dianggarkan hanya sekitar 10 peratus daripada keseluruhan rakyat negara ini, namun banyak kemudahan khas disediakan untuk mereka, gagal dihormati sesetengah pihak.

Tiada ulasan: