"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Haji Hadi ajak selamatkan orang melayu?

Negeri PN teruk ditenggelami banjir, Hadi sembang pasal sokongan pengundi muda

Harapandaily

Mengejutkan ketika banjir teruk melanda, Tan Sri Abdul Hadi Awang tergamak sembang mengenai kehendak Pas mempertahankan kuasa politik dengan berpaut pada sokongan pengundi muda.

Presiden Pas berkenaan memberitahu kewajipan parti itu sekarang adalah untuk “menyelamatkan orang Melayu dahulu supaya mereka sedar dan insaf serta bersatu untuk mempertahankan kuasa politik.”

“Selepas itu kita ajak kaum lain bersama dengan kita.

“Alhamdulillah, kita melihat perkembangan mutakhir menunjukkan kebangkitan anak muda untuk menyokong kita dalam pilihan raya yang lalu,” katanya menerusi platform X.

Ketika ratusan ribu mangsa banjir di dua negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan dan Terengganu sedang berlindung di pusat penempatan sementara (PPS), Hadi dilihat begitu obses dengan sokongan pengundi muda terhadap Pas.

“Kita menang dengan sokongan daripada pengundi-pengundi muda yang besar jumlahnya.

“Hanya kalangan pengundi saluran satu sahaja yang banyak tidak mengundi kita.

“Kita mengharapkan kefahaman anak-anak muda ini dapat bertahan supaya kita dapat terus mempertahankan kuasa politik setelah kita menawan Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah dan kita nak tawan negeri-negeri lain juga,” katanya.

Perkara tersebut ditekankan Abdul Hadi semasa ceramah Majlis Pelancaran Pembangunan Kompleks Pas Melaka, Semabok pada 30 November lalu.

Semakan Harapandaily di akaun X Presiden Pas berusia 77 tahun itu bahkan mendapati setakat ini, tidak ada lagi hantaran berkaitan banjir.

Banjir monsun gelombang pertama setakat ini menyaksikan Kelantan paling terjejas dengan seramai 69,759 mangsa masih berada di 191 PPS membabitkan 21,503 keluarga daripada lapan daerah.

Di Terengganu, seramai 34,496 mangsa banjir daripada 9,464 keluarga sedang berlindung di 216 PPS setakat jam 4.15 petang tadi.

Tiada ulasan: