"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gelar MB Perak 'biadab' lepas tu mohon maaf, lebai jenis tak reti jaga mulut

Malaysiakini 

Ketua pembangkang Perak, Razman Zakaria memohon maaf kepada Menteri Besar Saarani Mohamad, dipercayai berhubung ucapannya dalam satu perhimpunan di Menara Condong Teluk Intan baru-baru ini.

Razman, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, mendakwa ucapannya - yang didakwa menghina Saarani - telah disalah tafsir.

"Saya mengemukakan permohonan maaf, bukan Adun Bercham (Ong Boon Piow) saja yang sayang MB (Menteri Besar), saya pun (sayang) sebab orang kampung, saya kenal.

"(Ucapan) itu diambil di luar konteks. Kalau terasa dengan ucapan saya, saya minta maaf. MB orang baik, saya minta (peruntukan) untuk maahad tahfiz dia bagi, saya minta bagi kereta baru pada ketua pembangkang, mana nak cari MB macam ini," katanya ketika membahaskan Belanjawan Negeri Perak 2025 dalam sidang DUN di Ipoh hari ini.

Saarani semasa membentangkan belanjawan negeri tiga hari lalu berkata dia kesal kerana pentadbiran Perak digelar "biadab" oleh individu tertentu.

Katanya, pelbagai kejayaan dikecapi kerajaan negeri selama ini bukan saja tidak dihargai malah sebaliknya ditutup dengan "kebencian."

"Kerajaan ini dihina dengan gelaran ‘kerajaan tidak boleh diharap’ seolah-olah kerajaan yang saya pimpin ini tidak pernah buat apa-apa kebaikan kepada rakyat.

"Malah, saya sebagai menteri besar pula dilabel dengan cacian 'MB biadab' seolah-olah saya sedang melakukan penindasan dan penganiayaan ke atas rakyat," jelas Saarani lagi.

Tiada ulasan: