Banjir belum surut dah disembur air, ADUN Pas teruk kena kecam
SITI NUR ZAWANI
Seorang wakil rakyat Pas menjadi sasaran kecaman ramai selepas memuat naik video beliau membersihkan sebuah rumah berlumpur yang sedang dilanda banjir.
ADUN Jabi, Dr Azman Ibrahim dikritik selepas beliau dilihat menyemburkan air di dalam rumah yang masih digenangi banjir.
Perbuatan itu membuatkan ramai bingung, malah tertanya apa yang sedang dilakukan ADUN berkenaan.
Rumah tersebut jelas belum pun surut dari banjir, justeru tindakannya itu dianggap langsung tidak membantu.
Video yang dimuat naik di X itu dihujani pelbagai komen dari pengguna yang mempersoal peranannya sebagai ADUN.
Mereka berkata, pada waktu genting ini wakil rakyat Pas tersebut sepatutnya mencari dana bantuan dan bukannya membuat rakaman tidak perlu untuk “content”.
“Anda simbah air dalam rumah yang belum surut? Serius lah?,” soal pengguna X.
Bagaimanapun ada yang mempertahankan tindakan Azman, mengatakan rumah yang dilanda banjir memang lebih berkesan sekiranya ia dicuci ketika air belum surut, berbanding jika sudah surut sepenuhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan