"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ramai pemain berharap Mohamad Salah kekal di Liverpool

Agensi
MASA depan Salah di Liverpool masih mencetuskan tanda tanya. FOTO REUTERS
MASA depan Salah di Liverpool masih mencetuskan tanda tanya. FOTO REUTERS
London: Cody Gakpo memuji rakan sepasukannya di Liverpool, Mohamad Salah dan berharap bintang Mesir itu terus kekal di Anfield selepas berakhir musim ini.

Walaupun Liverpool mengharungi musim pertama tanpa Jurgen Klopp sebagai pengurus dan hanya melakukan sedikit pembelian dalam jendela perpindahan pemain, mereka memulakan kempen dengan cemerlang di semua kejohanan.

Sejak Arne Slot mengambil alih tugas selaku pengurus pada musim panas lalu, Liverpool hanya tewas sekali dalam semua pertandingan.

Prestasi mengagumkan itu menyaksikan mereka berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) serta Liga Juara-Juara.

Salah sekali lagi menjadi tonggak utama kejayaan mereka, malah baru-baru ini mencatat sejarah sebagai pemain pertama EPL yang mencapai dua angka dalam jumlah gol dan bantuan jaringan menjelang Krismas.

Bercakap mengenai pemain berusia 32 tahun itu, Gakpo menegaskan kelab itu 'bernasib baik' memiliki pemain sehebat Salah.

"Ia sangat istimewa melihat apa yang kita semua saksikan," kata Gakpo kepada laman web rasmi kelab itu.

"Jumlah gol yang dia jaringkan, bantuan jaringan yang dia berikan, cara dia bermain, bagaimana dia meletakkan pemain serangan lain atau pemain tengah seperti saya dalam posisi untuk menjaringkan gol dan menjadi ancaman, adalah sesuatu yang sangat hebat.

"Saya berharap dia dapat terus melakukannya untuk jangka masa yang panjang.

"Kami sangat bertuah memilikinya dan bangga menjadi rakan sepasukannya serta cuba menjadikannya lebih baik. Dan dia juga cuba menjadikan kami lebih baik," katanya lagi.

Walaupun Liverpool memulakan musim dengan cemerlang, spekulasi sejak beberapa bulan kebelakangan ini tertumpu kepada masa depan Salah, Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold di kelab itu.

Ketiga-tiga pemain itu menjadi tonggak kejayaan Liverpool sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun berpotensi meninggalkan kelab secara percuma pada penghujung musim ini kerana kontrak mereka bakal berakhir.
-hmetro 

Tiada ulasan: