"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Makin menjadi tandatanya: Bangkai kucing, anjing cedera pada perut ditemui di kampus

Faisal Asyraf

PETALING JAYA: Bangkai seekor kucing dan anjing ditemui di kawasan kampus Universiti Malaya, malam tadi.

Seorang penyelamat haiwan, Shima Aris, mengesahkan kejadian ini dan berkata terdapat kecederaan pada perut haiwan berkenaan.

“Saya sudah minta pelajar buat laporan polis,” katanya.

Penemuan dua bangkai kucing di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi pada 12 dan 16 Dis membawa kepada laporan oleh Kesatuan Mahasiswa UM pada 17 Dis.

Satu lagi laporan dibuat pada 20 Dis berhubung kematian empat kucing di lokasi berbeza di kampus.

Perkembangan ini sehari selepas polis mengumumkan ia membuka kertas siasatan berhubung kes kematian kucing di pusat pengajian itu.

Pada 22 Dis, hasil semakan kamera litar tertutup, polis mendapati terdapat sekumpulan anjing liar yang bertindak menyerang kucing.

Polis merujuk perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pengesahan kecederaan yang dialami ke atas kematian kucing terbabit adalah disebabkan serangan anjing-anjing liar.

Tiada ulasan: