"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi kes remaja perempuan hilang: Polis minta orang ramai bantu kesan remaja ini

Bernama

Polis menerima laporan semalam berhubung kehilangan Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham, 13.
Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham, 13, dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas selepas kali terakhir dilihat di kawasan Apartment Bangi Idaman, Bangi. (Gambar PDRM)
KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas.

Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan kali terakhir Nur Aleeyah Qistina dilihat adalah pada petang Sabtu di kawasan blok A-2-2 Apartment Bangi Idaman, Seksyen 5C/5 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Nur Aleeyah Qistina pada 2.20 petang Ahad.

Nur Aleeyah Qistina berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berbadan gempal dan berambut panjang serta memakai kemeja-T warna coklat ketika kali terakhir dilihat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat dimohon tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi IPD Kajang menerusi talian 03-8911 4222, atau penolong pegawai penyiasat Sarjan Mohd Khairul Hafiz Abd Ghani di talian 018-4027665.

Tiada ulasan: