"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Ambil angin’ di tingkat 10, wanita diselamatkan bomba

BuletinTV3 
Foto: NSTP
KOTA KINABALU: Seorang wanita mendakwa ‘mengambil angin’ di tingkat 10 sebuah bangunan hospital swasta yang belum siap selepas diselamatkan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian di Jalan Damai, di sini, pada jam 4.40 petang tadi, operasi menyelamat wanita terbabit dilaksanakan selepas pengawal keselamatan hospital menyedari kehadirannya di bahagian luar tingkap di tingkat 10 bangunan yang belum beroperasi itu.

Kehadirannya di bangunan itu menimbulkan andaian kemungkinan wanita berkenaan cuba terjun sebelum usaha menyelamat dilaksanakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.46 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota termasuk pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak lima kilometer dari balai bomba.

“Dilapor terdapat seorang wanita berada di luar bangunan sebuah hospital swasta di tingkat 10. Wanita telah masuk sendiri di bangunan dan disahkan selamat oleh pengawal keselamatan.

“Menurut temubual bersama wanita itu, dia tidak membuat cubaan bunuh diri sebaliknya hanya mengambil angin di luar bangunan berkenaan,” katanya lapor BH.

Menurutnya, wanita itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 5.36 petang,” katanya.

Tiada ulasan: