Harapandaily
Timbalan Presiden AMANAH Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mempersoal adab politik Islam Pas yang berusaha meneutralisasi fitnah menerusi infaq melalu kempen derma jihad.
“Kita tahu derma atau infaq itu adalah suatu perbuatan yang sangat mulia tetapi apabila berinfaq untuk membela fitnah yang telah dibuktikan sebagai satu kesalahan, ini adalah satu isyarat yang sangat sangat negative bagi pihak yang mengarahkannya iaitu meneutralisasikan Tindakan tidak beretika iaitu melakukan fitnah.
“Islam mengajak kita bekerjasama atas kebaikan dan taqwa. Jangan bekerjasama atas satu yang salah atau dosa dan yang menimbulkan permusuhan.
“Jangan kamu samakan, iaitu tidak sama yang baik dengan jahat. Tolaklah kejahatan itu dengan kebaikan. Kebaikan itu bermakna kita tidak boleh tolak kejahatan dengan satu lagi kejahatan.
“Persoalan moral ini sangat penting untuk kita menelusuri apakah sebenar adab berpolitik dalam Islam apabila kita mengiyakan kesalahan yang terbukti di mahkamah sebagai satu fitnah untuk kita membela pula orang bersalah itu.”
Beliau berkata demikian menerusi akaun TikTok susulan tindakan Mursyidul Am Pas Hashim Jasin yang mempertahankan kempen derma tersebut.
Ia susulan daripada keputusan Mahkamah Tinggi Georgetown yang mengenakan denda RM825,000 ke atas MP Kepala Batas Siti Mastura Muhammad setelah didapati bersalah memfitnah pimpinan dan veteran DAP – Lim Kit Siang, pengerusi DAP Lim Guan Eng dan naib presiden Teresa Kok.
Siti Mastura mengaitkan nasab pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dengan pimpinan DAP ketika berkempen dalam pilihan raya kecil Kemaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan