FMT Reporters
PETALING JAYA: Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki terbabit dalam beberapa kes mencuri ayam di beberapa pasar awam sekitar Batang Padang di Perak baru-baru ini.
Ketua Polis Tapah Mohd Naim Asnawi berkata semua suspek ditangkap dalam satu serbuan di Rawang, Selangor pada Isnin lalu, lapor Sinar Harian.
Katanya, siasatan mendapati suspek berusia 33 hingga 43 tahun itu terbabit dalam kes kehilangan 66 bakul mengandungi ayam bernilai lebih lebih RM27,000.
Dengan tertangkapnya semua suspek, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes curi ayam di beberapa pasar awam sekitar Batang Padang,” katanya.
Naim berkata, ketiga-tiga suspek biasanya menggunakan lori milik mereka sendiri atau disewa bagi melarikan ayam berkenaan.
“Dua suspek berperanan sebagai pencuri manakala seorang lagi akan membeli bekas plastik kosong yang digunakan untuk meletakkan ayam.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati hanya seorang suspek positif dadah jenis methamphetamin,” katanya.
Katanya, dua suspek direman empat hari hingga Jumaat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Seorang lagi suspek pula direman dua hari bermula Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam premis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan