"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerana merokok, Selangor batalkan penglibatan Gus Azmi di festival selawat

Harapandaily

Akibat terkenal dengan tabiat merokok di atas pentas, Selangor membatalkan penglibatan pendakwah dari Indonesia, Mohammad Ulul Azmi Askandar atau lebih dikenali Gus Azmi.

Sekretariat Festival Darul Ehsan Berselawat membuat ketetapan meneruskan festival itu tanpa kehadiran Gus Azmi selepas pertimbangan lanjut mengenainya dibuat.

“Segala keprihatinan pendukung Festival Darul Ehsan Berselawat adalah keutamaan kami.

“Sokongan daripada anda semua amatlah kami hargai dan jumpa di sana pada 27, 28 dan 29 Disember nanti,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan jemputan Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat yang dijadualkan akan berlangsung di Setia City Park, Oval Lawn dekat Persiaran Setia Dagang, Alam Nusantara, Shah Alam, Selangor.

Penglibatan Gus Azmi di pentas selawat sambal merokok dibimbangi memberi pengaruh buruk kepada masyarakat selain rokok sudah lama difatwakan haram di negara ini.

Mengulas lanjut, sekretariat penganjur menjelaskan, pihaknya komited untuk mematuhi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) seperti yang telah dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan dengan larangan merokok di tempat awam.

“Kami juga akan memastikan agar semua pihak yang terlibat untuk mematuhi akta ini demi kesejahteraan dan keselamatan semua pengunjung yang hadir.

“Kami percaya bahawa sokongan dan kerjasama anda adalah nadi penting kepada kejayaan acara ini,” kata sekretariat itu lagi.

Tiada ulasan: