FMT Reporters
Zakwan Mokhtar didakwa membunuh wanita itu yang mayatnya ditemui reput di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan, Kuching pada 15 Dis lalu.
PETALING JAYA: Seorang pemandu e-panggilan didakwa di Mahkamah Majistret Kuching atas tuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya ditemui reput di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan pada 15 Dis lalu.
Zakwan Mokhtar, 23, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dibaca di hadapan Majistret Sharifah Fatimah Azura Wan Ali tetapi tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Harian Metro.
Mengikut pertuduhan, Zakwan didakwa membunuh Nurul Asikin Lan, 28, pada 14 Dis 2024, kira-kira jam 9.10 malam, di dalam longkang di sebelah Jalan Setia Raja, Tabuan di Kuching.
Dia didakwa mengikut Seksyen Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada 30 tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dihukum sebat tidak kurang daripada dua belas sebatan.
Sharifah Fatimah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 10 Feb ini selepas Timbalan Pendakwa Raya, Jean Siow Hung Hwei memohon satu tarikh baharu untuk laporan DNA dan bedah siasat.
Sementara itu, di mahkamah berasingan, Zakwan dihukum penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Ling Hui Chuan atas tuduhan membuat laporan polis palsu berkait kehilangan Nurul Asikin.
Zakwan dia didakwa membuat laporan palsu pada 6 Dis lalu selepas mengetahui satu hantaran di Facebook yang mendakwa dia yang melarikan Nurul Asikin.
Dia membuat laporan itu di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur sebagai penafian kerana bimbangkan keselamatan dirinya.
Dalam laporan itu, Zakwan mendakwa pada jam kira-kira jam 11 malam, 5 Dis dia membawa keluar seorang wanita bernama Nurul Asikin di Perumahan Darul Hana, Jalan Tun Salahudin, Petra Jaya, Kuching.
Dia mendakwa, wanita itu berjumpa dengan seorang lelaki kawan lamanya yang pengadu tidak kenali di luar sebuah kelab malam dan selepas lama menunggu dia mendakwa meninggalkan Nurul Asikin bersama lelaki itu dan terus balik ke rumah.
Bagaimanapun, siasatan polis mendapati sebenarnya pada 5 Dis 2024, tertuduh membawa keluar Nurul Asikin di kawasan perumahan Darul Hana dengan menggunakan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna merah dan ke Unijaya, Kota Samarahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan