Harapandaily
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi melontarkan persoalan samada fitnah dalam Pas ditanggung halal.
Ia ekoran kempen derma jihat yang diumumkan oleh Pas untuk membantu Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad yang telah didenda untuk membayar RM825,000. Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin juga telah mempertahankan kempen derma jihad.
“Berapa agaknya jumlah kutipan yang terkumpul untuk bantu saman fitnah terhadap MP Kepala Batas? Dalam PAS ramai jutawan yang boleh tolong bayar. Tetapi strategi Pas ialah untuk mensensasikan isu itu untuk meraih simpati rakyat.
“Mursyidul Am PAS Hashim Jasin kata tidak salah ahli PAS bantu Siti Mastura membayar saman fitnah kepada pemimpin DAP. Hashim Jasin tidak mengemukakan dalil syariie.
“Ia dibidas oleh Dr Khairuddin At Takiri bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas. Mana boleh bantu bayar saman sivil kerana “dosa fitnah” katanya. Dia merujuk Surah al Maidah ayat 2. Ia menyebut jangan bekerjasama atas dasar dosa dan permusuhan.
“Mungkin fitnah dalam tafsiran PAS tidak sama dengan fitnah tafsiran mahkamah. Fitnah tafsiran PAS “ditanggung halal”.
Siti Mastura didapati bersalah memfitnah tiga pimpinan dan veteran DAP dengan mengaitkan nasab mereka dengan setiausaha agung Parti Komunis Malaya Chin Peng ketika berkempen dalam pilihan raya kecil Kemaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan