"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin Pas ‘panas’ isu ‘derma jihad’, ramai kecam sanggup lindungi pemfitnah

Harapandaily

Seorang pemimpin Pas dilihat ‘panas’ susulan tindakan parti itu memohon ‘derma jihad’ bagi membiayai tuntutan saman fitnah sebanyak RM825,000 daripada tiga pemimpin DAP terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Jabi, Terengganu dilihat berang apabila menegaskan bukan minta duit pengkritik parti itu pun.

“Kami buat pungutan dana untuk bantu saudara seperjuangan kami. Duit itu nanti akan dapat kepada gang seperjuangan kamu.

“Yang kamu jadi kepanasan kenapa? Bukan minta duit kamu pun!” katanya menerusi catatan di X.

Namun, api ‘kepanasan’ Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu itu ibarat dicurah minyak apabila terus dihujani deretan kecaman dan sindiran.
Malah ramai turut menyampaikan peringatan Rasullullah mengenai laknat Allah terhadap orang yang melindungi penjahat.

“YB kena faham fitnah perbuatan dosa besar pada yang beragama Islam. Kita juga faham fitnah satu amalan biasa untuk Bani Pas dan pengikutnya. Jadi, kutip cara senyap dari semua pemimpin, MP & Adun Pas/PN tanpa pengetahuan atau libatkan orang lain yang beragama Islam.

“Kamu tahu tak kamu membela perbuatan fitnah? Kamu keluarkan dalil syarak yang membolehkan kita mempertahankan perbuatan keji tersebut. Tolonglah Abang Man. Dalam kita kutuk ni, kita pun nak kasi Abang Man dan orang Pas sedar sikitlah.

“Sejak bila fitnah termasuk dalam kategori “jihad” ni YB? Ada dalil baru turun melalui mimpi Mursyidul Am ke?” demikian antara pendapat orang ramai.
Pada 22 Disember lalu, Pas membuat rayuan ‘derma jihad’ bagi mengelak Siti Mastura yang dipanggil sebagai ‘Ustazah’ itu berdepan dengan prosiding kebankrapan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam surat arahan kepada pimpinan dari peringkat pusat, negeri, kawasan, dewan hingga cawangan tersebut berkata, kegagalan melunaskan tuntutan sebanyak RM825,000 itu boleh mengakibatkan Ahli Parlimen Kepala Batas hilang kelayakan dan kerusinya akan dikosongkan untuk suatu Pilihan Raya Kecil (PRK).

Rayuan ‘derma jahad’ seperti sindiran netizen itu susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Quay Chew Soon pada 4 Disember lalu, mengarahkan Mastura membayar RM300,000 kepada Lim Kit Siang, RM250,000 lagi kepada Lim Guan Eng dan RM200,000 kepada Teresa Kok.

Selain ganti rugi global kepada setiap pemimpin DAP itu, Mastura juga diperintah membayar kos sebanyak RM25,000 kepada setiap plaintif.

Hakim Quay memutuskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Mastura yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) itu berunsur fitnah dan pembelaannya atas dasar komen adil, keistimewaan bersyarat, dan penyebaran tanpa niat jahat tidak dapat dibuktikan.

Tiada ulasan: