"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khidmat 'mafia putih' untuk 'uruskan' teman lelaki bermasalah

Agensi

Beijing: Semakin ramai wanita muda di China mendapatkan khidmat kumpulan lelaki dikenali 'mafia putih' untuk membantu mereka berurusan dengan bekas teman lelaki bermasalah atau pemilik rumah tidak jujur.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, 'mafia' itu diupah itu bertindak sebagai pengawal peribadi dan sangat memahami, jadi boleh mengendalikan isu peribadi sensitif membabitkan pelanggan mereka.

Kumpulan dikenali 'Pasukan Pengawal Badan Profesional' itu meraih populariti dengan cepat di media sosial, dan kini sudah mengumpul 160,000 pengikut di Douyin.

Mereka tampil berpakaian hitam dan berwajah garang hingga ahli dilabelkan seperti 'mafia' oleh netizen.

Kumpulan itu menggunakan pelbagai kaedah yang samar-samar menyerupai intimidasi dan pujukan untuk menangani isu seperti keganasan rumah tangga dan buli.

Tidak seperti kumpulan penjenayah, kumpulan itu menggelarkan diri mereka sebagai 'penjaga wanita' yang mahu menuntut keadilan hingga mendapat julukan sebagai 'mafia putih'.

Salah seorang ahlinya Lei, memberitahu saluran media Vista Hydrogen Business bahawa kumpulan mereka terdiri daripada pegawai tentera yang sudah bersara, pemilik perniagaan, dan juga peninju wanita.

Katanya, kumpulan itu pada mulanya ditubuhkan pada 2018 untuk menyediakan keselamatan untuk selebriti dan tokoh masyarakat.

"Menjelang 2022, lebih ramai individu menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan berkaitan isu peribadi.

"Disebabkan jurang dalam undang-undang, beberapa masalah tidak dapat diselesaikan melalui cara tradisional, jadi kami mula membantu kumpulan yang terdedah dengan cara kami sendiri," katanya.

Menurut Lei, 70 peratus daripada pelanggan mereka adalah wanita berumur 25 hingga 35 tahun, yang menghubungi mereka melalui platform Douyin.

Pasukan mengenakan bayaran berdasarkan jenis dan tempoh perkhidmatan.

Tiada ulasan: