"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 maut motosikal terbabas langgar ‘divider’

FARAHWAHIDA AHMAD
DUA maut termasuk seorang daripadanya putus kaki kanan selepas terlibat kemalangan di Kilometer 130.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), Muar semalam.
MUAR – Seorang lelaki dan wanita maut termasuk seorang daripada mereka putus kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 130.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan tersebut pada pukul 5.24 petang.

“Siasatan awal mendapati nahas dipercayai berlaku ketika penunggang motosikal iaitu lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita Singapura berusia 29 tahun dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur.

“Sebaik tiba di lokasi, penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Raiz Mukhliz, ekoran perlanggaran itu, penunggang motosikal terjatuh di lorong kanan manakala pembonceng pula tercampak ke laluan bertentangan.

“Penunggang parah di bahagian kepala, tangan kanan dan badan sementara pembonceng pula cedera di kepala, badan selain putus kaki kanan. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: